Sergio Ramos Dan Kad Merah Bagai Pinang Dibelah Dua

  • by

Real Madrid gagal menggunakan peluang bermain di tempat sendiri, apabila tewas kepada Manchester City 1-2 pagi tadi, dalam pusingan pertama, 16 pasukan terbaik UEFA Champions League.

Mungkin terasa bahang diharamkan UEFA selama dua tahun akan datang, membuatkan pemain-pemain Manchester City bermain cemerlang di tempat lawan. Terutama sekali Kevin De Bruyne, cemerlang dengan satu jaringan gol penalti, dan satu bantuan gol di dalam kotak penalti yang dikawal oleh lapan orang pemain Real Madrid.

Pada perlawanan itu juga, Sergio Ramos telah mendapat kad merah ke-26 sepanjang kariernya bersama Real Madrid.

Melihat situasi kad merah yang dikenakan ke atas Ramos, selayaknya Ramos mendapat kad tersebut, kerana menjatuhkan Gabriel Jesus dengan sengaja dari arah belakang.

Mungkin Ramos tidak mahu menjadikan situasi bola 50-50 dengan penjaga gol, maka dia terpaksa mengorbankan dirinya bagi mengelakkan laluan lebih sukar ketika bertandang ke Stadium Etihad.

Walaupun kita akan berkata, banyak gila kad merah Sergio Ramos. Tetapi, Ramos bukanlah satu-satunya pemain gila yang mendapat lebih 10 kad merah sepanjang karier.

Ada lebih gila daripada Ramos bila kita bercerita hal kad merah.

Di bawah adalah pemain yang mendapat paling banyak kad merah dalam sejarah bola sepak dunia:

  1. Vinnie Jones (12 kad merah)
  2. Felipe Melo (14 kad merah)
  3. Yannick Cahuzac (17 kad merah)
  4. Pablo Alfaro (18 kad merah)
  5. Paolo Montero (21 kad merah)
  6. Alexis Ruano Delgado (22 kad merah)
  7. Sergio Ramos (26 kad merah)
  8. Cryil Rool (27 kad merah)
  9. Gerardo Bedoya (46 kad merah)

Sumber: the18.com

Mujur Ramos tidak pernah bertemu pemain asal Colombia, Gerardo Bedoya. Jika tidak, mungkin Ramos sudah mengutip kad merah ke-27 pagi tadi.

Pemain bola sepak paling kurang ajar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *