Ryan Giggs Pernah Menjadi Pengurus Interim Manchester United

  • by

Semalam negara kita dikejutkan dengan perletakan jawatan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7.

Dengan perletakan jawatan itu, secara tidak langsung, semua jawatan Menteri, dan Timbalan Menteri juga telah terbatal dengan perkenan Agong, atas nasihat Perdana Menteri.

Ia sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perkara 43 (5) Perlembagaan Persekutuan pada 24 Febuari 2020 selaras dengan perletakan jawatan Perdana Menteri.

Pada hari yang sama juga, Yang di-Pertuan Agong juga berkenan melantik Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri interim (sebut interem).

Takrif interim dengan bahasa mudah adalah sementara. Lebih mudah jika dikatakan, Tun M sekarang merupakan Perdana Menteri sementara Malaysia, sebelum lantikan baharu Perdana Menteri ke-8.

Di dalam dunia pengurusan bola sepak, kerap kali juga istilah interim digunakan, selain istilah caretaker juga digunakan.

Giggs menggantikan dirinya dengan Lawrence.

Antara yang pernah dilantik sebagai pengurus interim adalah Ryan Giggs semasa di Manchester United, ketika itu MU diuruskan David Moyes, manakala Ryan Giggs pula diangkat sebagai pemain merangkap staf kejurulatihan di bawah Moyes.

Tidak sampai 10 bulan menjadi pengurus, Moyes telah dipecat pada 22 April 2014. Manakala Giggs pula telah mengambil alih tugas Moyes sebagai pengurus interim, merangkap pemain ketika itu.

Di bawah pengurusan interim Ryan Giggs, MU telah menghadapi empat perlawanan, mendapat dua kemenangan, satu seri, dan satu kalah.

Pada perlawanan terakhir ketika seri 1-1 dengan Southampton, Giggs mengaku menitiskan air mata. Mengakui terlalu tertekan, dan tidak cukup tidur, sepanjang menyandang jawatan sebagai pengurus interim MU.

Selepas Louis van Gaal dilantik sebagai pengurus tetap MU, Giggs terus dilantik sebagai pembantu kepada van Gaal.

Walaubagaimanapun, berikutan perlantikan Jose Mourinho sebagai pengurus MU, Giggs telah minggalkan kelab pada 2 Julai 2016.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *