Remy Gardner Catat Rekod Ujian Masa Terpantas Di Jerez

  • by

Musim perlumbaan MotoGP 2020 bakal bermula tidak lama lagi, semua pasukan kini sedang melakukan persiapan akhir, dengan mengadakan ujian masa rasmi di Litar Jerez, Sepanyol.

Pelumba pasukan Onexox TKKR SAG Team (OTST) dari Australia, Remy Gardner telah menunjukkan tunggangan cemerlang pada hari pertama ujian masa rasmi, dengan mencatatkan masa 1:40.848, dan menjadi catatan masa terpantas litar tersebut. Remy mengatasi Enea Bastianini (Italtrans Racing Team) dengan 0.269 saat, manakala Tom Lüthi (Liqui Moly Intact GP) ketiga berbeza 0.498 saat.

Rakan sepasukan Gardner di OTST, pelumba negara kita, Kasma Daniel Kasmayudin tidak dapat menjalani ujian masa rasmi ini, kerana mengalami kecederaan, selepas terjatuh semasa membuat latihan di litar sama.

Belajar dan terus belajar KD99 …Comeback stronger and stronger …Full support for Malaysian Rider from XOX Mobile…

Dikirim oleh Onexox TKKR SAG Team pada Selasa, 18 Februari 2020
Kasma Daniel

Sementara itu, seorang lagi jaguh lumba negara, Hafizh Syahrin masih tercari-cari rentak tunggangan bersama pasukan baharu dalam kategori Moto2, Aspar Team.

Selepas dua tahun berlumba dalam kategori utama MotoGP, nampaknya Hafizh Syahrin perlukan lebih masa untuk sesuaikan gaya tunggangan dengan jentera Speed Up itu.

Hafizh mencatat masa ke-24 terpantas keseluruhan, dengan catatan 1:42.459.

Terus berikan sokongan padu kepada pelumba negara kita. Supaya mereka dapat lebih kerap menaiki podium setiap kali berlumba.

Jika anda penyokong Kasma Daniel, dan pasukan Onexox TKKR SAG Team. Boleh beli barangan rasmi mereka sebagai tanda sokongan.

Contohnya tukar jenama telco yang anda gunakan sekarang kepada Onexox.

Boleh dapatkan simkad Onexox di pautan ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *