Larian Pantas Martial Selamatkan Maruah Manchester United

  • by

Sedang anda nyenyak tidur berdengkur di atas tilam dan batal yang empuk. Pemain-pemain Manchester United sedang berjuang bermati-matian di tempat lawan, ketika bertandang ke Stadium Jan Breydel, Stadium keramat bagi Club Brugge, Belgium.

Mungkin juga akibat kepenatan ketika menewaskan Chelsea 2-0 dengan bantuan VAR kelmarin, pemain-pemain MU gagal memberikan aksi sebenar.

Dalam perlawanan pusingan 32 pasukan terbaik Piala Europa awal pagi tadi, MU hanya mampu seri 1-1 menentang pasukan bekas pemain kelahiran Malaysia, Dion Cools itu.

Jaringan MU itu pun akibat kesilapan pemain Club Brugge sendiri, apabila membuat lontaran masuk ke belakang, dan bola telah jatuh tepat ke kaki Anthony Martial.

Tanpa berlengah, Martial terus memecut bersama bola umpama larian kencang Haaland, meninggalkan pemain pertahanan Club Brugge di belakang, dan dengan tenang membuat rembatan ke arah kiri pintu gol lawan.

Mampukah Manchester United bangkit di tempat sendiri pada perlawanan kedua?

Dengan bantuan VAR, peluang mungkin lebih cerah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *