Kesalahan Yang Dilakukan Oleh Manchester City Sehingga Digantung Dua Tahun Oleh UEFA

Manchester City FC yang kini sedang mengekori rapat Liverpool mengejar mahkota Liga Perdana Inggeris (EPL), telah dikenakan hukuman gantung oleh UEFA daripada menyertai Liga Juara-juara Eropah, dan Piala UEFA selama dua musim.

Penyandang juara EPL itu turut dikenakan denda sebanyak €30 juta (MYR134 juta) oleh badan bola sepak Eropah, UEFA kerana melanggar peraturan kewangan (FFP) yang sangat serius.

Penggantungan tersebut akan berkuat kuasa untuk musim 2020/2021, dan 2021/2022.

Apakah itu FFP? Dan kesalahan yang dilakukan oleh Manchester City?

  1. Pemilik kelab tidak boleh sewenangnya menyuntik dana, kerana FFP bertujuan untuk mewujudkan persaingan lebih adil dengan menjana keuntungan menerusi operasi bola sepak.
  2. Pemilik hanya boleh menyuntik dana dalam sejumlah yang ditetapkan.
  3. Jika tiada peraturan FFP dan hanya bergantung kepada kekayaan pemilik, maka pemilik kaya raya akan memiliki kelebihan.
  4. Dalam kes City, pemiliknya, Sheikh Mansour Zayed al-Nahyan didakwa berselindung di sebalik tajaan, dan menyuntik dana sebanyak mungkin untuk kelab menerusi penajaan yang dipalsukan.

Selain itu, Manchester City juga boleh dikenakan pemotongan mata Liga Perdana Inggeris, dan diturunkan pangkat ke Liga bawahan oleh FA Inggeris.

Walaubagaimanapun pun, Manchester City masih boleh membuat rayuan di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) atas hukuman yang diterima daripada UEFA.

Adakah jumlah penonton Manchester City ke Stadium akan berkurangan seperti 8 tahun lalu selepas ini?

1 thought on “Kesalahan Yang Dilakukan Oleh Manchester City Sehingga Digantung Dua Tahun Oleh UEFA”

  1. Pingback: Sergio Ramos Dan Kad Merah Bagai Pinang Dibelah Dua | Sukan+

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *