Kalah Kepada Chelsea. Klopp Ditanya Tentang Coronavirus. Ini Jawapannya.

Selepas tewas tiga perlawanan, kepada Atletico Madrid, Watford, dan Chelsea. Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp telah ditanya wartawan mengenai pendapatnya mengenai coronavirus (Covid-19).

Jawapannya sungguh padu, walaupun kelihatan angkuh, dan pastinya membuatkan wartawan tersebut rasa tersipu malu kerana tidak menjangkakan akan dapat jawapan seperti itu.

Jurgen Klopp berkata, pendapatnya atau seorang selebriti terkenal tidak penting mengenai perkara berat seperti politik, dan covid-19.

Klopp tidak faham, kenapa wartawan perlu bertanya soalan seperti itu kepada beliau, dia hanya seorang pakar bola sepak, bukan pakar covid-19.

Lebih baik, hal sebegitu diserahkan kepada mereka yang mahir dan pakar tentang covid-19. Apa yang perlu, dan tidak perlu dilakukan hanya ahlinya sahaja yang boleh beri pendapat.

Akhir sekali, Jurgen Klopp berkata.

“Saya tinggal di planet ini, saya hanya mahukan semua selamat dan sihat, dan yang terbaik untuk semua orang.”

Jawapan Klopp sangat tepat, serahkan sahaja kepada ahlinya. Jangan buat perangai tentera bawang, semua benda dia tahu. Semua palatao.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *