Jaringan Lacazette Cerahkan Peluang Arsenal Ke UCL 2021

Alexandre Lacazette masuk sebagai pemain gantian, dan menjaringkan satu gol tunggal hasil bantuan bekas pemain Real Madrid, Mesut Ozil untuk memberikan Arsenal tiga mata penting, menewaskan West Ham 1-0.

Melebarkan rekod tanpa kalah Arsenal kepada lapan perlawanan berturut-turut.

Walaupun tidak kalah untuk lapan perlawanan, Arsenal ketika ini hanya berada di posisi kesembilan liga. Kerana lebih suka seri, berbanding menang di tempat lawan.

Apa pun pujian harus diberikan kepada pasukan Arsenal, dan berikan kata-kata semangat kepada penyokong mereka. Kerana kini semakin mengejar mata pasukan di posisi keempat, iaitu Chelsea dengan perbezaan lima mata.

Jika Arsenal memilih untuk menang baki perlawanan selepas ini, dan bukannya memilih untuk seri. Tahun hadapan, pasti mereka akan kembali ke kancah Liga Juara-juara Eropah (UCL) 2021.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *