Empat Lagi Kemenangan Untuk Liverpool Dimahkotakan Juara EPL

  • by

“This is our year!”

Itulah mantera yang disebut-sebut penyokong Liverpool setiap tahun setiap kali bermulanya liga EPL.

Mana tidaknya, kali terakhir Liverpool menang piala liga adalah pada 30 tahun lalu. Masa tu, Ronaldo baru nak belajar bercakap, Messi pula, masih pakai lampin.

Layan You’ll Never Walk Alone.

Dalam tempoh yang sama, Setan Merah sudah menang 13 piala liga, dengan jumlah 20 piala liga keseluruhannya. Kali terakhir menang pada 2013, sebelum Sir Alex Ferguson pencen.

Pencapaian terbaik Liverpool sepanjang 30 tahun itu adalah menjadi naib juara, pada tahun 1991, 2002, 2009, dan 2014. Lagi pun, orang tak ingat nombor dua, orang hanya kenang dan ingat apabila menjadi juara.

Selain daripada itu, Liverpool hanya berada cukup-cukup makan di kelompok pertengahan liga, hanya sekali sekala berada di Top 4, untuk kekal di EPL.

Tahun ini, kita beri peluang kepada penyokong Liverpool meraikan kejuaraan liga selepas 30 tahun menunggu.

Jika bapa, dan datuk kita penyokong Liverpool ketika muda, kini umur mereka sekitar 50-70 tahun. Berilah mereka peluang meraikannya.

Liverpool seharusnya layak menang piala liga tahun ini, selepas bertahun-tahun mencuba.

Teringin main dengan Liverpool ke tu Pogba?

Apa pun, kami tabik hormat kepada penyokong-penyokong Liverpool yang tetap setia bersama The Kops walaupun kena bahan dengan kawan-kawan setiap tahun.

Untuk tahun ini, penyokong-penyokong Liverpool boleh sebut dengan bangganya, sambil jalan mendada.

This is our year!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *