Dibuli Kerana Kerdil Dan Mahu Bunuh Diri, Quaden Dijemput Ke Perlawanan Ragbi

  • by

Seorang ibu dari Brisbane, Australia telah menyampaikan mesej jelas di Facebooknya. Apa kesan buruk yang boleh berlaku ke atas mangsa buli, terutamanya kepada emosi seorang kanak-kanak.

Menonton video tular yang dikongsi ibu bernama Yarraka itu, anaknya yang berusia sembilan tahun, dikenali sebagai Quaden Bayles kelihatan menangis, marah, dan celaru fikirannya. Sehinggakan terkeluar dari mulutnya mahu membunuh diri, kerana tidak sanggup lagi menerima hinaan.

Menurut Yarraka, itu bukan pertama kali anaknya dibuli, dan mengugut mahu membunuh diri. Disebabkan dia sendiri sudah tidak tahan menyimpan perasaan, maka dikongsikan video itu untuk kesedaran orang ramai tentang kesan buruk perbuatan buli.

Quaden dibuli sejak berusia lima tahun.

Selepas video itu tular di seluruh dunia, banyak kata-kata semangat ditujukan kepada Quaden, termasuk daripada selebriti dan ahli sukan.

Antara selebriti terkenal yang memberikan kata-kata semangat adalah pelakon watak Wolverine, Hugh Jackman. Hugh Jackman yang juga pelakon kelahiran Australia, memberikan kata-kata semangat ini.

Selain itu, pemain-pemain ragbi daripada NRL All Stars juga menjemput Quaden ke Stadium, untuk menonton perlawanan mereka pada Sabtu ini. Quaden dijangka akan mengetuai mereka bersama ketua pasukan, Joel Thompson sebelum perlawanan bermula.

Bulled Brisbane boy receives amazing offer after mum's video goes viral

We'll be watching and supporting you, Quaden! What an amazing update 💪💙

Dikirim oleh news.com.au pada Kamis, 20 Februari 2020

Semoga apa yang berlaku kepada Quaden, menjadi pengajaran kepada pembaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *