Bruno Fernandes Bermain Seperti Scholes, Dan Veron – Ole Gunnar Solskjaer

  • by

Pemain tengah baharu Manchester United, yang baharu dibeli daripada kelab Sporting Lisbon pada 29 Januari lalu, dengan harga perpindahan 80 juta euro tidak menunggu masa yang lama untuk menyesuaikan diri dalam pasukan.

Selepas mengharungi empat perlawanan, Fernandes sudah memberikan dua bantuan gol, dan satu jaringan gol. Manakala di peringkat Eropah pula, Fernandes diturunkan pada lewat perlawanan semasa MU seri 1-1 dengan Club Brugge, di pusingan pertama 32 kelab terbaik Piala Europa.

Bercakap mengenai Bruno Fernandes, pengurus MU, Ole Gunnar Solskjaer menggambarkan, gaya permainan beliau sedikit seperti Paul Scholes, dan Juan Sebastian Veron. Mungkin Solskjaer rasa dejavu, terkenang zaman mudanya di MU.

Hari pertama latihan, Fernandes tidak malu-malu untuk meminta bola daripada rakan sepasukan. Pemain lain mungkin akan membuat sesi pemanas badan entah berapa lama, tetapi bukan Bruno Fernandes. Dia berani dan yakin. – Ole Gunnar Solskjaer.

Nampaknya penyokong MU tidak hairan dengan ketiadaan Paul Pogba yang lagaknya seperti diva, kerana mereka sudah ada pengganti dengan harga yang berbaloi.

Kata-kata padu bakal Kapten MU.

Setakat ini, MU sudah ada trio hadapan yang padu. Mereka ada Bruno Fernandes satu gol, Anthony Martial 15 gol, dan Mason Greenwood 13 gol setakat ini.

Jika mereka konsisten di bawah Ole Gunnar Solskjaer, mereka pasti akan memberikan tentangan sengit untuk kejuaraan liga musim hadapan, dan seterusnya cemerlang di Liga Juara-juara Eropah.

Sebelum benar-benar kuat, untuk 2-3 musim akan datang, bagi merampas kembali kejuaraan EPL yang kali terakhir mereka menangi pada musim 2012/2013 di bawah kendalian Sir Alex Ferguson.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *