Bolanya “Ringan” – Ole Gunnar Solskjaer

  • by

Meskipun lega kerana membawa pulang kelebihan satu gol di tempat lawan menentang Club Brugge, Ole Gunnar Solskjaer menyalahkan bola yang digunakan Liga Europa kerana dianggap “ringan”.

Lebih-lebih lagi terpaksa bermain dalam keadaan berangin dan sejuk, di padang lawan.

“Ianya adalah perlawanan yang sukar, menentang pasukan yang tersusun, di dalam keadaan yang sukar,” kata Solskjaer.

“Saya rasa ini bukan permainan terbaik kami, kami sedikit cuai, dan kurang fokus, dengan keadaan padang dan bola, ianya menjadi lebih sukar,”.

Solskjaer juga berkata, bola yang digunakan berbeza, dan sukar dimainkan. Kamu perlu dapatkan satu, dan cuba sendiri.

Walaubagaimanapun, kenyataan Solskjaer disangkal jurulatih Brugge, Philippe Clement mengenai alasan bola tersebut.

“Kami dapat bola daripada UEFA, jadi itu bukan bola kami. Dalam setiap perlawanan Piala UEFA, semua pasukan guna bola yang sama, jadi jangan salahkan bola.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *