Bekas Pemain Chelsea, Kevin De Bruyne Buat Hal Lagi

  • by

Bercita-cita mahu bermain di Liverpool semenjak kecil, tidak menghalang Kevin De Bruyne berbakti kepada pasukan Chelsea selama dua musim, malangnya kurang mendapat kepercayaan, hanya diturunkan tiga kali, sebelum dipinjamkan kepada Werder Bremen, dan cemerlang di sana.

Walaupun hajat belum kesampaian untuk bermain bersama Liverpool, De Bruyne terus memerah keringatnya berbakti kepada Manchester City, kelab yang dia sudah bermain untuk lima musim.

Awal pagi tadi, Kevin De Bruyne sekali lagi membantu Manchester City mencatat kemenangan ke atas West Ham 2-0. Dengan satu jaringan, dan satu bantuan gol, tanpa sakit kepala untuk memilih, De Bruyne telah diangkat sebagai pemain terbaik perlawanan.

De Bruyne telah memberikan sejumlah 16 bantuan gol sepanjang musim di EPL setakat ini. Hanya berbeza empat bantuan gol, berbanding dengan rekod yang dipegang oleh Thierry Henry.

Perjalanan liga masih panjang, jadi tiada masalah untuk De Bruyne memecahkan rekod yang dibuat Henry, jika tiada kecederaan, dan kerap diturunkan oleh Pep Guardiola.

Sejak bermain di Manchester City pada 2015, hanya Messi yang mampu menyaingi De Bruyne dari segi bantuan gol, di Top 5 liga terbaik Eropah. Messi telah melakukan 62 bantuan, manakala 61 bantuan oleh De Bruyne.

Secara keseluruhannya, De Bruyne telah terlibat dengan 150 gol sepanjang bermain di Top 5 liga Eropah, iaitu ketika bersama Chelsea, Werder Bremen, Wolfsburg, dan Manchester City. Di mana, 53 adalah jaringan gol, dan baki 97 lagi bantuan gol.

Dengan pencapaian hebat ini, De Bruyne layak ditabalkan sebagai pemain terbaik tahunan EPL, jika ianya berterusan.

Mantap De Bruyne! Luaskan bantuan gol mu!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *