Basikal RM400 Ribu Untuk Emas Olimpik Pertama Negara

Harapan menggunung kini diletakkan atas bahu jaguh lumba basikal trek negara, Azizulhasni Awang untuk memenangi pingat emas pertama negara di Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Bagi merealisasikan impian itu, basikal terbaik juga disediakan untuk Azizulhasni Awang, dan juga rakan sepasukan Muhammad Shah Firdaus Sahrom dalam acara pecut, dan keirin.

Azizulhasni Awang kini sedang membuat persiapan rapi di Kejuaraan Basikal Dunia di Berlin, Jerman bagi melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Di kejuaraan Dunia itu nanti, The Pocket Rocketman akan menggunakan basikal teknologi Britain, yang berharga hampir RM400 ribu.

Basikal Worx WX-R Vorteq itu pernah digunakan Azizulhasni semasa memenangi acara keirin di Kejohanan Dunia di New Zealand pada Disember tahun lalu, dan menang emas pada acara akhir.

Berdasarkan prestasi semasa, Azizulhasni Awang sepatutnya boleh layak ke Olimpik Tokyo 2020.

Beliau kini berada pada kedudukan nombor satu dunia bagi acara keirin, dengan mengumpul 2560 mata, diekori rapat Nitta Yudai di tempat kedua dengan 2551 mata, dan kedudukan ketiga pelumba dari Colombia Quintero Chavarro Kevin Santiago dengan 2536 mata.

Walaubagaimanapun Azizulhasni perlu waspada dengan strategi lawan di kejuaraan Dunia nanti. Mereka pasti akan melakukan sesuatu untuk sama-sama layak ke Olimpik Tokyo.

Semoga impian The Pocket Rocketman, dan rakyat Malaysia memenangi emas Olimpik pertama menjadi kenyataan di Tokyo nanti!

2 thoughts on “Basikal RM400 Ribu Untuk Emas Olimpik Pertama Negara”

  1. Pingback: Azeem Fahmi "Rocketman" | Sukan+

  2. Pingback: Azizulhasni Awang Menang Gangsa Keirin Di Jerman | Sukan+

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *