Pasukan lumba basikal trek negara kini berada di Jerman bagi menyertai Kejohanan Berbasikal Dunia.
Seperti dijangka, jaguh pecut berbasikal negara Azizulhasni Awang berjaya menaiki podium di hari kedua kejohanan, dengan membawa pulang pingat gangsa.
Pada perlumbaan akhir itu, Azizulhasni berada di belakang pelumba dari Belanda, Harriet Lavreysen dan, Jepun Yuta Wakimoto.
Azizulhasni Awang, berkata di Facebooknya, beliau mendapat undian untuk berada paling hadapan, sebelum perlumbaan bermula.
Sekaligus secara taktikal, tidak sesuai dengan gaya tunggangannya, yang mempunyai kelebihan jika bermula dari barisan belakang.
Semasa perlumbaan, Azizulhasni telah terkepung, dan dihimpit pelumba Britain, menyebabkan kayuhannya terganggu.
Walaubagaimanapun Azizulhasni bersyukur kerana berjaya mendapatkan gangsa untuk negara, dan menganggap masih banyak yang perlu diperbaiki. Sebelum bermulanya Olimpik Tokyo 2020 enam bukan dari sekarang.
Azizulhasni juga berharap, kemenangannya di Jerman, dapat menyatupadukan rakyat Malaysia, yang berada di dalam keadaan politik yang tidak menentu ketika ini.