Azeem Fahmi “Rocketman”

  • by

Negara jiran, Indonesia ada The Flash versi mereka, iaitu Juara Dunia B20 tahun dengan catatan 10.13 saat pada tahun 2018, Lalu Muhammad Zohri.

Negara kita tidak kurang hebatnya, seringkali berjaya melahirkan raja pecut di peringkat Asia, dan Asia Tenggara.

Terbaharu, jaguh pecut sedang meningkat naik dari Perak, Azeem Fahmi baru sahaja dimahkotakan sebagai raja pecut bagi acara 100, dan 200 meter di Kejohanan Olahraga Perak All-Comers 1 di Stadium Perak.

Pelari yang mendapat jolokan Usain Bolt Malaysia ini, mencatat masa 21.04 saat dalam acara akhir 200 meter pada Sabtu, memecahkan rekod lama catatan masa 21.44s yang dilakukan G. Aravinn pada 2016.

Pada ahad pula, Azeem Fahmi memenangi acara 100 meter dengan catatan 10.88 saat. Jauh daripada rekod peribadi terbaiknya 10.57 saat yang dilakukan pada tahun lalu.

Adakah Azeem Fahmi mampu menyaingi catatan masa Usain Bolt, hanya masa yang akan menentukan.

Masih bersekolah ditingkatan empat, banyak yang boleh dilakukan Azeem untuk mencapai tahap lagenda seperti Usain Bolt. Dan ianya tidak mustahil, jika Azeem mendapat latihan, dan pendedahan yang sepatutnya.

Ini perbandingan catatan masa terbaik yang dilakukan Usain Bolt, dan Azeem Fahmi semasa umur mereka sebaya.

Usain Bolt umur 15 tahun & 16 tahun.

200 meter – 21.73 saat & 20.58 saat.

Azeem Fahmi umur 15 tahun & 16 tahun (29 April genap).

200 meter – 21.13 saat & 21.04 saat.

Tidak jauh beza catatan masa mereka, bahkan, catatan masa Azeem juga lebih baik berbanding Bolt semasa berumur 15 tahun. Jangkaan kami, sebelum akhir tahun ini, Azeem mungkin boleh buat catatan kurang 21.00 saat untuk acara kegemarannya 200 meter.

Peluang tersebut, mungkin datang semasa Azeem menyertai Kejohanan Olahraga Remaja Dunia di Nairobi, Kenya yang akan berlangsung dari 7 hingga 12 Julai ini. Di sana persaingan lebih sengit, jadi tiada masalah untuk Azeem melakukan catatan peribadi terbaik bagi acara 100 dan 200 meter.

Akhir kata, jika Usain Bolt mendapat gelaran Lightning Bolt kerana kepantasannya, Azeem Fahmi kita boleh gelarkan sebagai apa?

Rocketman boleh ke? Ambil berkat daripada The Pocket Rocketman.

Semoga cita-cita ke Olimpik 2024 menjadi kenyataan Azeem Fahmi!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *